PETALING JAYA, 14 November 2023 - GX Bank Berhad (GXBank) secara rasminya melancarkan aplikasi betanya kepada 20,000 pengguna rakyat Malaysia terpilih bermula  14 November 2023. Pelancaran ini adalah susulan kejayaan menguji aplikasi beta dalam kalangan pekerjanya termasuk rakan kongsi mereka.

 

Sebagai bank digital pertama yang memulakan operasi di Malaysia, Aplikasi GXBank menawarkan muka navigasi yang mudah dan pada masa yang sama, masih inovatif, serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk memastikan kepercayaan dan keselamatan wang dan data pengguna terjamin. Aplikasi ini telah diteliti dan dinilai oleh Bank Negara Malaysia, untuk  menjamin aplikasi GXBank selaras dengan keperluan teknikal bank digital yang mengutamakan keselamatan dan sekuriti datadan dana para pengguna.

 

Fadrizul Hasani, Ketua Pegawai Teknologi GXBank, menjelaskan bahawa aplikasi beta ini ialah hasil kerjasama di antara syarikat dan pelbagai pasukan. “Kami memanfaatkan gabungan pembelajaran daripada GXS, timbunan teknologi (techstack) Grab dan pengalaman mereka yang mendalam tentang cara beribu-ribu rakyat Malaysia berurus niaga di aplikasi Grab. Dengan sokongan dan pengetahuan mereka, kami telah membina aplikasi perbankan digital yang mudah, lancar dan selamat. Tambahan lagi, ia bersesuaian dengan setiap telefon mudah alih yang dilengkapi dengan sistem operasi yang terkini. Ini membolehkan kami menawarkan perkhidmatan perbankan digital kepada pengguna dari semua lapisan keupayaan kewangan dan pemahaman teknologi.”

 

Membantu Rakyat Malaysia Mencapai Matlamat Menabung

Semasa fasa ujian beta,para pengguna boleh membuka Akaun Simpanan GXBank dan mewujudkan sehingga 10 "Pockets."

 

"Pockets" ialah satu ciri untuk mencapai matlamat simpanan, justeru menggalakkan pengguna memupuk amalan menabung bagi keperluan danimpian tertentu. Pengguna boleh menyimpan untuk pelbagai tujuan seperti pelanpersaraan, percutian yang akan datang malah juga untuk rumah baharu. Wang yang diletakkan dalam "Pockets" akan memperoleh faedah harian sehingga 3% setiap tahun, dan pengguna boleh memantau kemajuan simpanan mereka serta menerima panduan secara berkala untuk mempercepatkan pencapaian matlamat simpanan mereka.

 

Selain dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, GXBank juga melindungi dan membolehkan pengguna meraih ketenangan fikiran dengan:

 

● Memastikan semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(PIDM), sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit,

● Membolehkan pengguna mengunci dan memastikan keselamatan akaun mereka jika mereka melihat apa-apa transaksi penipuan atau transaksi yang tidak sah, dan

Mengehadkan perbelanjaan harian untuk membantu pengguna agar tidak berbelanja secara berlebihan.

 

Manfaat lain untuk parapengguna termasuk:

Pulangan tunai RM20 untuk deposit minimum pertama RM100

● Pengecualian yuran pemprosesan RM1 untuk pengeluaran tunai di mesin juruwang automatik (ATM) MEPS di seluruh negara (akan datang)

● Pulangan tunai tanpa had untuk setiap perbelanjaan dengan kad debit (akan datang)

 

Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei Si Lai berkata bahawa pelbagai penawaran ini hanyalah permulaan bagi rangkaian keseluruhan perkhidmatan kewangan, produk dan manfaat yang disediakan oleh GXBank untuk membantu rakyat Malaysia mencapai dan memperoleh semula kebebasan dan matlamat kewangan mereka. “Sementara kami terus menguji kestabilan aplikasi kami dan mengumpul maklum balas daripada pengguna, kami berharap dapat membangunkan aplikasi perbankan digital yang disesuaikan secara unik dengan keperluan kewangan rakyat Malaysia daripada semua lapisan generasi. Sebagai sebuah bank yangsebahagian besarnya dibina oleh rakyat Malaysia, kami berada dalam kedudukanyang unik untuk memahami dan membangunkan penyelesaian kewangan yang menangani keperluan dan cabaran rakyat di Malaysia. Kami kini selangkah lebih dekat dengan wawasan negara kita, iaitu sebuah negara yang berdaya tahan dari segi kewangan yang membolehkan rakyat Malaysia mempunyai akses yang saksama kepada produk kewangan yang memenuhi keperluan individu mereka, tanpa kekaburan, kertas kerja, proses dan istilah yang merumitkan,” kata Pei Si.

 

“Kami amat berbesar hatidiberi kepercayaan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia mencapai impian kewangan mereka, tanpa mengira besar atau kecil impian tersebut. Semuanya hanya dengan beberapa sentuhan mudah pada peranti mudah alih mereka,” tambahnya lagi.

 

Daftar and buka akaun untuk mula menabung dalam beberapa minit

GXBank menyediakan proses eKYC (Kenali Pelanggan Anda secara elektronik) dan proses persediaan akaun yang lancar dan tanpa kerumitan bagi penggunanya. Untuk membuka akaun, pengguna perlu mengikuti empat langkah mudah yang berikut:

  1. Muat turun aplikasi di Gedung Google Play atau Apple App Store
  2. Muat naik salinan digital kad pengenalan Malaysia (MyKad)
  3. Lengkapkan proses eKYC seperti yang dinyatakan dalam aplikasi
  4. Tambah minimum RM10 ke dalam akaun simpanan dan sediakan “Pockets” (jika anda  mahu)

 

Bagi pengguna Grab sedia ada, aplikasi GXBank boleh diakses melalui Aplikasi Grab. 


Rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada fasa ujian yang berikut boleh mendaftar di sini.

=TAMAT=

Related Articles

GXBank unveils BETA bank app

GX Bank Berhad (GXBank) is officially rolling out its beta app to selected 20,000 Malaysians.

GXBank’s brand purpose comes to life with Impian GIGih

GX Bank Berhad (GXBank) unveiled Impian GIGih, a manifestation of the bank’s brand purpose to drive financial inclusion.

GXBank and Zurich Malaysia forge 10–Year partnership to address insurance needs for the underserved

GX Bank Berhad(GXBank), Zurich General Insurance Malaysia Berhad and Zurich Life Insurance Malaysia Berhad.

It's time to make your money make more money

Open a GX Account today in no more than 4 minutes.

Start exploring smarter ways to save, spend and grow your money securely, anywhere and anytime - all without any fees.

The greater the gang, the grander the gains. Earn RM8 referral rewards every time you help a friend grow their money with us, no cap.

Terms and Conditions apply.